Kerjaya antarabangsa Matz Sels

Sels telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belgium pada Oktober 2015 untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Andorra dan Israel.[13] Beliau turut tersenarai ke dalam skuad Belgium di bawah kendalian Roberto Martinez menjelang perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi di Brussels pada 27 Mac.[14]

Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Belgium bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[15] Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk dimasukkan ke dalam senarai akhir 23 pemain.[16]

Pada Mei 2021, Sels disenaraikan ke dalam skuad Belgium menjelang kejohanan UEFA Euro 2020.[17] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya bersama Belgium pada 3 Jun 2021 dalam perlawanan persahabatan menentang Greece selepas menggantikan Simon Mignolet pada minit ke-90 permainan.[18]

Rujukan

WikiPedia: Matz Sels http://www.hln.be/hln/nl/1324/Gouden-Schoen/articl... http://www.nieuwsblad.be/cnt/dmf20161026_02540893 http://static.e-kickoff.com/project/publiek/jrinte... http://granatkin.com/2010/teams_BELG.shtml http://www.shieldsgazette.com/sport/football/newca... http://www.skysports.com/football/news/11678/10595... http://www.skysports.com/football/news/12969/11450... http://www.skysports.com/football/news/29908/10014... http://www.soccerway.com/players/matz-sels/89739/ http://www.chroniclelive.co.uk/sport/football/foot...